top of page
SFS 2.jpg
P3_edited.jpg

Warisan sepanjang zaman

Seni Batik

p1_edited.jpg

Batik Canting merupakan batik yang terkenal dan amat digemari oleh peminat-peminat fesyen di Malaysia. Kain batik canting yang dihasilkan amat menarik dan mengikuti arus peredaran zaman pada masa kini. Warna-warna yang segar dan eksklusif serta motif-motif yang dihasilkan melalui lakaran bebas, merupakan satu ciri keistimewaan tersendiri yang terdapat pada kain Batik Canting. Motif-motif yang sering menjadi tumpuan reka corak hiasan kain batik canting adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan, bunga, unggas dan corak-corak moden yang abstrak. Selain dijadikan pakaian, batik canting juga sesuai dijadikan selendang, beg tangan, selimut dan bermacam lagi. 
 

Blok.jpg

Batik blok ialah batik yang menggunakan sarang atau acuan untuk menghasilkan corak di atas kain. Acuan tersebut dihasilkan dari kepingan logam yang telah diukir dengan corak tertentu.Di Pantai Timur ia lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik Terap.Haji Che Su telah melopori perusahaan batik terawal di negeri Kelantan sejak tahun 1921

SKKRIN.jpg

Menurut sejarah, teknik batik skrin ini dibawa masuk dari negara Thailand. Batik skrin menggunakan teknik penghasilan yang lebih moden tanpa menggunakan lilin sebagai pemisah warna. Penghasilan batik skrin menggunakan teknik cetakan skrin menggunakan reka corak batik tradisional. Kini, permintaan terhadap batik ini semakin meningkat disebabkan proses penghasilannya yang lebih cepat berbanding batik lain. 

Pelangi.jpg

Batik Pelangi atau dikenali sebagai batik Tie and Dye terhasil daripada proses ikatan tali atau benang yang diikat atau dijahit pada kain sebelum diwarnakan. Di Malaysia, sejarah penghasilan batik pelangi ini dipercayai dihasilkan oleh Minah Pelangi di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin II iaitu Sultan Terengganu ke 3

  • Black Instagram Icon
  • TikTok
  • Black Pinterest Icon

© 2023 by Safiy . Powered and secured by Wix

bottom of page